Huawei MatePad Pro 11 – Tablet yang nipis dan ringan dengan kemampuan yang luar biasa - FUZZ.MY

Friday, August 19, 2022

Huawei MatePad Pro 11 – Tablet yang nipis dan ringan dengan kemampuan yang luar biasa


Huawei MatePad Pro 11 merupakan salah satu tablet berkuasa yang ada di pasaran ketika ini. Merupakan sebuah tablet yang lengkap bagi kegunaan produktiviti atau sebagainya. Menariknya. Huawei MatePad Pro 11 turut menyokong beberapa aksesori seperti Smart Magnetic Keyboard dan Pen Stylus yang pasti dapat membantu meningkatkan kreativiti pengguna.



MatePad Pro 11, membawakan reka bentuk yang lebih terkini serta tampil dengan binaan yang premium. Dari segi keselesaan boleh dikatakan tiada sebarang masalah yang dihadapi sewaktu penggunaan. Tablet ini menggunakan binaan aluminium dengan rekaan bingkai yang sedikit bulat menjadikan ia sangat selesa bila dipegang. 


Sangat nipis dan ringan dengan ketebalan 5.9mm dan berat 449g menjadikan ia selesa untuk dipegang serta mudah untuk di bawa kemana saja. Panel belakang mempunyai tekstur yang unik menjadikan ia tidak meninggalkan kesan cap jari dan tidak begitu licin ketika berada di pegang.



Peranti ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 11-inci OLED dengan resolusi 2560 x 1600 (WQXGA) dengan nisbah ke skrin sebanyak 92%. Menyokong paparan 60Hz dan 120Hz yang boleh diubah melalui tetapan.


Selain itu, skrin MatePad Pro 11 ini juga mempunyai nisbah kontras 1,000,000:1 dan 1.07 bilion warna dengan gamut warna P3. Seterusnya, terdapat kamera swafoto jenis punch hole yang berada di atas sebelah kanan dengan sensor 16MP. Potongan bingkai yang sekata memberikan pengalaman yang imersif sewaktu menggunakannya.


Dari segi spesifikasi, MatePad Pro 11 dikuasakan dengan dua jenis cip iaitu Snapdragon 870 dan Snapdragon 888. Turut menyokong dua teknologi pengecasan pantas yang berbeza, untuk Snapdragon 870 ia tampil dengan 40W manakala untuk Snapdragon 888 pula ialah 66W. Dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB. 



Menariknya, pada bahagian belakang terdapat rekaan kamera belakang yang tampil dalam bentuk bulat sama seperti peranti andalan. Melaluinya, ia tampil dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 13MP dan 8MP ultra lebar dan terdapatnya satu LED flash yang berada dalam modul kamera. Modul kamera yang digunakan pada peranti ini agak sedikit tinggi menyebabkan tidak boleh diletakkan secara rata.


Untuk menjadikan pengalaman fotografi lebih menarik, Huawei turut membawakan beberapa fungsi seperti Beauty, Stickers, Time-lapse dan Document. Dari segi rakaman video, MatePad Pro 11 mampu merakam sehingga 4K pada 30fps. Menariknya, untuk menangkap gambar, pengguna turut boleh menggunakan kawalan suara.



Peranti ini dimuatkan dengan bateri sebesar 8,300mAh yang mampu bertahan sehingga 11.5 jam penggunaan dengan sekali pengecasan. Manakala untuk pengecasan ia menyokong pengecasan Huawei SuperCharge jenis USB-C yang tersedia di dalam kotak. 


Dari segi keselamatan, ia hadir dengan sistem pengimbasan wajah, penggunaan kata laluan atau ia boleh dinyahkunci melalui peranti lain yang disambungkan. Dari segi audio, MatePad Pro 11 hadir dengan enam pembesar suara jenis stereo yang ditala oleh Huawei Sound yang memberikan pengalaman audio yang sangat baik.




MatePad Pro 11 turut menyokong aksesori tambahan untuk menjadikan tablet ini lebih produktif. Antaranya adalah Papan kekunci Magnetik Pintar Huawei yang boleh dilaraskan pada pelbagai sudut memberikan pengalaman seperti komputer riba, Ia juga mempunyai ciri tersembunyi yang mampu meningkatkan prestasi sambungan Wi-Fi sehingga 20%. Selain itu, terdapat tempat untuk menyimpan M-Pen di bahagian belakang.



Seterusnya, Huawei MatePad Pro 11 juga hadir dengan Stylus M-Pencil generasi kedua yang menyokong tahap kepekaan tekanan 30% lebih baik dari generasi pertama. Turut boleh dicas secara tanpa wayar dengan hanya meletakkan pada bingkai di bahagian atas tablet. 



Dengan hanya mengecas 30 saat ia boleh digunakan sehingga 10 minit, manakala untuk satu pengecasan penuh ia mampu digunakan sehingga 10 Jam. Sejumlah aplikasi juga turut boleh digunakan bersama M-Pen seperti Mojing Paint yang membolehkan across aplikasi capture colours.



Sepanjang penggunaan kami, MatePad Pro 11 memberikan pengalaman penggunaan tablet di tahap yang berbeza. Dengan skrin yang sangat imersif bersama paparan 120Hz, boleh dikatakan sangat menakjubkan untuk sesebuah tablet.


Sistem operasi baharu iaitu Harmony OS 3.0 yang telah dipertingkatkan memberikan pengalaman yang lebih baik dengan antara muka yang mudah untuk dikendali. Selain itu, dengan segala penambah-baikan yang dibuat telah menjadi tablet ini dilhat cukup sempurna untuk digunakan pada bila-bila masa dan di mana saja.