Close

Huawei MatePad Pro 11 – Tablet yang nipis, ringan serta efisien untuk kegunaan produktiviti

Huawei MatePad Pro 11 boleh dikatakan sebagai sebuah tablet yang lengkap dan boleh digunakan pada pelbagai keadaan. Peranti ini juga mempunyai prestasi yang sangat baik dan juga reka bentuk yang sangat nipis dan ringan. 

Untuk menjadi tablet ini lebih produktif, MatePad Pro 11 ini turut menyokong beberapa aksesori tambahan lain seperti Smart Magnetic Keyboard dan Pen Stylus, Melalui aksesori tambahan ini, ia telah menjadikan MatePad Pro 11 sebuah tablet yang mampu melakukan pelbagai tugas. 

Selain itu, terdapat beberapa faktor yang telah mejadikan MatePad Pro 11 ini sebuah tablet terbaik yang pernah dihasilkan ketika ini.

Tablet yang ringan dan nipis.

Ringan dan nipis, itu adalah gambaran pertama mengenai MatePad Pro 11. Mungkin boleh dikatakan ini adalah tablet paling ringan dan nipis yang pernah ada di pasaran.

Dengan ketebalan hanya 5.9mm dan berat 449g menjadikan tablet bersaiz 11-inci ini tidak begitu terasa ketika berada di tangan dan selesa bila dipegang. Bingkai tablet ini adalah sangat nipis iaitu hanya 4.2mm.

Untuk menjadikan tablet ini ringan dan nipis, Huawei telah mengunakan bahan binaan logam aloi magnesium. Rekaan bingkai yang sedikit bulat menjadikan ia selesa untuk dipegang ditambah dengan panel belakang yang mempunyai tekstur yang unik sedikit sebanyak memberikan pengalaman yang berbeza sewaktu menggunakannya.

Skrin OLED yang imersif.


Selain dari ringan dan nipis, satu lagi perkara yang menarik pada MatePad Pro 11 adalah mengenai skrin. Pengalaman skrin pada MatePad Pro 11 boleh dianggap sebagai yang terbaik di pasaran ketika ini untuk sebuah tablet.

Hadir dengan skrin bersaiz 11-inci OLED dengan resolusi 2560 x 1600 (WQXGA) dengan nisbah ke skrin sebanyak 92%. Potongan bingkai yang nipis dengan 4.2mm memberikan pengalaman skrin yang sangat imersif.

MatePad Pro 11 juga menyokong kandungan warna 10-bit dengan nisbah kontras 1,000,000:1 dan 1.07 bilion warna. Selain itu, ia juga mempunyai ketepatan warna tahap tertinggi iaitu ΔE<1 menjadikan skrin ini setanding dengan monitor profesional.

Melengkapkan keupayaan skrin MatePad Pro 11, ia mempunyai kelulusan pensijilan 3.0 TÜV Rheinland. Sekaligus menjadikan ia satu-satunya tablet yang diperakui TÜV Rheinland Full Care Display 3.0 yang pertama di dunia.

Pengalaman skrin 120Hz yang sangat lancar.

Kehebatan skrin MatePad Pro 11 tidak terhenti di situ, merupakan tablet pertama dari Huawei yang menawarkan pengalaman skrin 120Hz yang sangat lancar. Digabungkan dengan kemampuan M-Pencil generasi kedua yang dipertingkat membolehkan ia menulis dengan kependaman yang sangat rendah apabila mencatat nota pada tablet.

Pengalaman menatal aplikasi mahupun menyemak halaman web dengan skrin 120Hz adalah sangat menakjubkan. Bermain permainan pada tablet ini juga sangat mengagumkan dengan kemampuan ia mengoptimumkan tindak balas kawalan sentuhan dengan begitu cepat.

Ciri produktiviti setaraf  PC.

MatePad Pro 11 adalah sebuah tablet lengkap yang dibina dengan kemampuan setaraf PC. Ringan dan nipis menjadi ia boleh melakukan pelbagai tugas tidak kira di mana jua anda berada. Tidak cukup dengan itu, aksesori tambahan yang menyokong tablet ini menjadikan ia lebih produktif.

• Smart Magnetic Keyboard


Dengan Smart Magnetic Keyboard, pengguna boleh melaraskannya dalam tiga posisi selesa iaitu laptop form, detachable form, dan studio form.

Ketiga-tiga posisi ini memberikan pengalaman yang berbeza, posisi laptop form memberikan pengalaman seperti menggunakan komputer riba yang mana disambungkan melalui Bluetooth. Menariknya, Smart Magnetic Keyboard ini menyokong pengecasan tanpa wayar.

Pada posisi detachable form, ia membolehkan keyboard dipisahkan secara fizikal namun masih  disambung melalui Bluetooh. Posisi ini membolehkan keyboard digunakan secara berasing untuk sitiuasi ruang yang terhad atau sebagainya.

 

Manakala untuk posisi studio form, membolehkan keyboard dilaraskan pada sudut 120° hingga 165° yang sangat stabil pada semua sudut. Pengalaman menggunakan keyboard ini boleh dikatakan sangat baik. Rekaan 15mm memberikan pengalaman menaip yang sangat selesa dan juga efisien.

• Huawei M-Pencil yang dinaik taraf.


Melalui MatePad Pro 11, HUAWEI telah membawakan M-Pencil generasi ke-2 yang menawarkan pengalaman penulisan dan keupayaan yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Dengan kadar kependaman 2 ms menjanjikan pengalaman menulis atau melukis yang sangat lancar dan selesa.

Untuk menjadikan pengalaman M-Pencil lebih baik, sejumlah aplikasi turut disokong seperti Mojing Paint yang membolehkan across aplikasi capture colours. Selain itu, untuk menangkap imej pengguna hanya perlu melukis bulatan, garisan serong atau menekan lebih lama untuk memilih teks menggunakan M-Pencil.


Fungsi Huawei Super Device yang menakjubkan.

Untuk menjadikan tablet ini lebih produktif, fungsi Huawei Super Device memboleh anda melakukan pelbagai tugas dengan berbilang peranti dari Huawei. Seperti, memulakan kerja dengan menggunakan MatePad Pro 11 dan menyelesaikannya pada MateBook X Pro atau sebaliknya.

Selain itu, fungsi ini juga membolehkan anda menambah ruang kerja dengan menggunakan skrin secara bersebelahan atau memulakan pembentangan pada MateBook dan melukis dengan M-Pencil pada MatePad Pro 11.

Fungsi Huawei Super Device ini boleh dikatakan sebagai sebuah ekosistem yang sempurna dan menjimatkan masa dalam menyambungkan peranti Huawei yang lain.

Kesimpulan.



Secara keseluruhan, MatePad Pro 11 boleh dikatakan sebagai sebuah tablet terbaik yang pernah dihasilkan ketika ini. Dengan penawaran skrin yang sangat imersif yang digabungkan dengan binaan premium menjadikan tablet ini sangat nipis dan ringan.

Tidak ketinggalan, fungsi dan akesori tambahan yang dibawa menjadikan tablet ini lebih produktif dan mesra pada pelbagai senario untuk digunakan. Selain itu, sejumlah penambah-baikkan yang hadir pada tablet ini telah menjadikan ia sebuah tablet yang setaraf dengan kemampuan PC.

Bagi yang berminat, MatePad Pro 11 kini telah tersedia di semua pengedar rasmi Huawei di seluruh Malaysia atau boleh membeli melalui laman web rasmi Huawei. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,400 yang berupa Huawei Smart Magic Keyboard, Huawei M-Pencil 2 dan ganjaran ekslusif HMS sehingga 26 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN