Close

Huawei MatePad Pro akan tiba di Malaysia pada 19 Ogos ini


Huawei MatePad Pro telahpun diumumkan secara rasmi pada acara Huawei APAC Smart Office Launch 2022 yang berlangsung di Bangkok. Merupakan tablet paling berkuasa yang ada di pasaran ketika ini. Ditawarkan dalam dua pilihan iaitu dengan Snapdragon 870 dan Snapdragon 888.

1658909755310277-1

Untuk spesifikasinya, Huawei MatePad Pro hadir dengan skrin bersaiz 11-inci OLED yang menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan Snapdragon 870 / Snapdragon 888 yang digabungkan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri sebesar 8300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W.

1658909750223805-2
MatePad Pro turut hadir dengan tetapan dwi kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8 MP ultra lebar. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.

Peranti ini juga menyokong pelbagai ciri seperti Super Device, Tablet Snippet, pembesar suara jenis stereo, sistem penyejuk 3D Graphene dan sebagainya. Huawei turut mengumumkan akesories tambahan baharu iaitu M Pencil 2 yang lebih ringan dan Smart Magnetic Keyboard.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, Huawei telah memberikan maklumat terbaharu yang mana ia akan tersedia untuk pasaran Malaysia pada 19 Ogos ini. Walaubagaimanapun, tiada pengumuman harga jualan didedahkan. Harga jualan dijangka akan diumumkan pada hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN