Close

Indonesia membenarkan Steam dan Yahoo diakses semula

Beberapa hari lalu, beberapa platform popular atas talian di Indonesia telah dikenakan sekatan berikutan kegagalan untuk mendapatkan permit Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) yang diperlukan untuk kekal beroperasi.

Antara platform popular atas talian yang disekat aksesnya adalah seperti Steam, Epic Games, BattleNet, Origin dan PayPal.


Terkini, Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (Kominfo) melalui akaun Twitternya menyatakan yang platform Steam dan Yahoo kini boleh diakses semula selepas kedua-dua syarikat bersetuju untuk mendapatkan permit.  Sementara platform PayPal diberi kelonggaran untuk diakses selama lima untuk pengguna mengeluarkan dana mereka.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kominfo Semuel Abrijani Pangerapan mengeluarkan permohonan maaf kepada golongan gamers berikutan Steam disekat. Beliau yang juga seorang gamers menyatakan keputusan itu perlu dibuat bagi memenuhi keperluan undang-undang negara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN