Close

iOS 16.1 bakal membolehkan pengguna membuang aplikasi terbina dari Apple

Apple akhirnya akan membenarkan pengguna untuk membuang aplikasi terbina pada iPhone tidak lama lagi.


Merujuk kepada kod sumber yang ditemui pada iPadOS 16.1 beta, memperlihatkan aplikasi Wallet akan dicadang untuk dimuat turun melalui App Store jika aplikasi tersebut dipadam atau jika pengguna mahu menggunakan aplikasi seperti Apple Pay. 

Buat masa ini, aplikasi Wallet hanya boleh dialih keluar daripada Home Screen iPhone atau disembunyikan. Namun, ianya tidak boleh dibuang secara sepenuhnya daripada peranti. Tetapi dengan iOS 16.1 Apple mungkin akan menawarkan ciri untuk membuang aplikasi tersebut secara sepenuhnya.

Buat masa ini, tidak dapat di jelas mengapa Apple membenarkan pengguna untuk memadamkan aplikasi Wallet. Mungkin ia berkaitan dengan tuntutan mahkamah yang menuduh Apple melanggar undang-undang antirust dengan menjadikan Apple Pay satu-satunya cara pembayar mudah alih pada iPhone.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN