Close

iPhone 14 dijangka lebih pantas walaupun guna cip A15 Bionic

iPhone 14 versi bukan Pro dijangka akan hadir dengan cip A15 bukan lagi satu rahsia. Bahkan, pakar tiris popular Ming-Chi Kuo turut menyatakan perkara yang sama berkenaan perkara tersebut.

Terdapat perkara menarik mengenai iPhone 14 dengan cip A15 Bionic yang mungkin melegakan bakal pemilik iPhone 14. Menurut ShrimpApplePro, walaupun iPhone 14 hadir dengan cip yang lama, namun ia akan menawarkan prestasi yang lebih pantas berbanding siri iPhone 13.

Peningkatan prestasi pada iPhone 14 secara keseluruhan bukanlah datang daripada cip, sebaliknya datang dari beberapa perkakasan lain seperti modem selular baharu dan juga reka bentuk dalaman yang lebih terkini. 

Selain itu, peningkatan kapasiti RAM kepada 6GB juga merupakan salah satu sebab mengapa iPhone 14 akan menjadi lebih pantas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN