Close

iPhone 14 Pro dalam warna Ungu tertiris di arena web

Apple telahpun menjadualkan acara pelancaran pada 7 September 2022 ini. Pada acara tersebut kita bakal diperlihatkan dengan generasi iPhone seterusnya iaitu siri iPhone 14.


Biarpun acara perlancaran akan berlangsung dalam 2 minggu lagi. Namun, terdapat beberapa imej awal mengenai iPhone 14 Pro tertiris di arena web.



Melalui dari imej dikongsikan, telah memperlihatkan iPhone 14 Pro dalam warna Ungu. Sekaligus memberikan gambaran yang iPhone 14 Pro mungkin akan tampil dalam pilihan warna Ungu. 


Selain itu, terdapat empat lagi pilihan warna iaitu Navy blue, Gold, Graphite dan Silver akan ditawarkan pada iPhone 14 Pro.


Seperti biasa, Apple dijangka akan membawakan empat varian iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Max dan iPhone 14 Pro Max.


Bagi model bukan Pro ia akan dijana cip A15 Bionic dan mengekalkan reka bentuk yang sama, manakala bagi versi Pro ia akan dijana dengan cip baharu iaitu cip A16 Bionic dan membawakan reka bentuk yang baharu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN