Close

iPhone 14 Pro dijangka menyokong pengecasan pantas 30W

Apple telahpun menjadualkan acara pelancaran siri iPhone 14 pada 7 September ini. Berikutan dari itu, pelbagai spekulasi mengenai siri iPhone 14 telah tertiris.

Terkini, menurut pakar tiris Ming-Chi Kuo, iPhone 14 Pro dijangka akan menyokong pengecasan pantas yang lebih tinggi iaitu 30W berbanding sebelum ini iaitu 27W.

Laporan tersebut juga disokong oleh DuanRui, yang menyatakan terdapat beberapa media telah menerima unit pengecas 30W untuk diuji pada iPhone 14 Pro.

Laporan mengenai pengecasan pantas 30W bukanlah pertama kali kedengaran. Pada Mac lalu, Ming-Chi Kuo telah menyatakan perkara yang sama mengenai iPhone 14 Pro akan hadir dengan pengecasan pantas yang lebih tinggi. 

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai perkara tersebut. Namun, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN