Close

iPhone 15 versi Pro dijangka hadir dengan cip A17 Bionic 3nm

Pada tika dan saat ini, Apple belum lagi melancarkan siri iPhone 14. Namun, telah ada laporan mengenai siri iPhone yang seterusnya iaitu iPhone 15. 



Menurut laporan dari Mobile phone chip expert, Apple dijangka akan menggunakan cip A17 Bionic dengan teknologi 3nm pada iPhone 15 versi Pro. Manakala versi bukan Pro akan kekal menggunakan cip A16 Bionic.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan siri iPhone 14 adalah iPhone pertama yang hadir dengan dua cip yang berbeza. Yang mana pada versi Pro ia akan tampil dengan cip Bionic A16 manakala untuk versi bukan Pro hadir dengan cip Bionic A15.

Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan. Sebelum ini terdapat laporan mengatakan untuk siri iPhone 14 sahaja akan tampil dengan dua cip berbeza, manakala untuk siri iPhone seterusnya akan hadir dengan satu cip sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN