Close

iPhone keluaran pertama berjaya dilelong pada harga RM158,406

Apple mempunyai peminat mereka yang tersendiri, sanggup berbelanja besar untuk membeli barangan Apple sama ada untuk menggunakannya atau menjadikan sebahagian dari koleksi.

Laman sesawang lelong popular iaitu RR Auction yang sering melelong barangan dari Apple, dilaporkan telah berjaya melelong sebuah iPhone keluaran pertama dengan harga sekitar RM158,406 ($35,414).

Menariknya, iPhone keluaran pertama yang dilelong ini masih lagi dalam keadaan baik dengan kotak dan plastik yang masih tidak lagi dibuka. iPhone ini juga merupakan keluaran pertama berdasarkan dari ikon yang terdapat pada kotaknya.

Perbezaan di antara keluaran pertama adalah ia mempunyai 12 ikon pada kotaknya, manakala keluaran seterusnya mempunyai 13 ikon pada kotaknya dengan penambahan ikon iTunes.
iPhone ini dilancarkan pada tahun 2007 dengan kod model A1203, hadir dengan skrin bersaiz 3.5-inci TFT, cip 412Mhz ARM 11, storan dalaman 8GB, kamera 2MP dan bateri 1400mAh.Harga ketika ia dilancarkan adalah $599 iaitu sekitar RM2,678.

ARTIKEL BERKAITAN