Close

K-KOMM bakal memperkenalkan aplikasi anti godam

Isu kebocoran data di Malaysia dilihat semakin kritikal, yang mana baru-baru ini iPay88 melaporkan yang mereka telah digodam dan kemungkinan data kad pengguna mereka dicuri.


Berikutan dari itu, Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Anuar Musa dikatakan telah mengambil tindakan serta-merta berhubungan perkara tersebut. Antara langkah yang diambil adalah bakal memperkenalkan aplikasi anti godam bagi menangani masalah yang semakin kritikal.

Selain itu, beliau juga turut mengarahkan Cyber Security Malaysia (CSM) untuk menganalisa aplikasi tersebut sebelum ia dilancarkan di Malaysia. Satu pertemuan bakal di atur dengan aplikasi di luar negara dalam masa terdekat. Walaubagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama aplikasi dan pembangun yang akan menghasilkan aplikasi tersebut.

Tambahnya lagi, aplikasi tersebut boleh diguna pakai pada berbilang peranti yang didaftarkan di Malaysia. Akan ada bayaran yang dikenakan, namun bayaran tersebut dikatakan akan berpatutan untuk semua.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN