Close

Kecerahan skrin Nothing Phone (1) tidak sama seperti yang diiklankan


Nothing melalui iklannya, menyatakan yang Phone (1) mampu mencapai tahap kecerahan puncak maksimum sehingga 1,200 nits. Namun, terdapat laporan menyatakan tahap kecerahan maksimum pada Phone (1) adalah rendah dari yang di iklankan.

Berdasarkan dari laporan ComputerBase, mendedahkan yang Phone (1) tidak mencapai tahap kecerahan seperti mana yang di iklankan dan hanya mencapai tahap 700 nits sahaja. Namun, pada beberapa kandungan HDR ia mampu mencapai tahap kecerahan maksimum.

Nothing dalam satu kenyataan, menyatakan yang perkakasan mereka sememangnya menyokong kecerahan puncak sehingga 1,200 nits, akan tetapi ianya dihadkan oleh perisian kepada 700 nits. Keputusan itu dibuat bagi mengurangkan masalah kepanasan dan juga menjimatkan penggunaan bateri.

Nothing buat masa ini dikatakan sedang memantau maklum balas pengguna. Jika fungsi ini mendapat maklum balas yang tinggi, kemas kini perisian akan datang akan menyelesaikan masalah ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN