Close

Maxis juga bakal menyokong Apple Pay tidak lama lagi

Kisah mengenai kedatangan Apple Pay ke Malaysia nampaknya bakal menjadi sesuatu yang pasti. Selepas kebanyakkan syarikat di Malaysia mula menambah sokongan pembayaran melalui Apple Pay pada aplikasi mereka.

Terkini, syarikat penyedia telekomunikasi Maxis, dilihat telah menambah sokongan pembayaran melalui Apple Pay di Malaysia. Sekaligus mengambarkan yang Apple Pay semakin hampir untuk dilancarkan di Malaysia.

Berdasarkan dari perkongsian @riisam melalui Twitternya, memperlihatkan Maxis sudah bersedia untuk menerima sokongan pembayaran melalui Apple Pay.

Buat masa ini, Apple tidak lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai ketersediaan Apple Pay di Malaysia. Namun berdasarkan dari tinjaun kami, Apple Pay mungkin akan tersedia dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN