Close

Maybank juga bakal menyokong Apple Pay tidak lama lagi

Maybank nampaknya tidak mahu terlepas dalam menawarkan sokongan Apple Pay kepada pengguna mereka. Selepas AmBank mewujudkan halaman khusus Apple Pay, kini giliran Maybank pula berbuat demikian.

Walaupun ketika artikel ini ditulis Maybank sudahpun mengalih keluar halaman khusus Apple Pay. Namun, melalui tweet balas yang dibuat ia telah mengesahkan yang Maybank akan menyokong Apple Pay tidak lama lagi.
Maybank turut menyatakan yang perkhidmatan ini menyokong semua kad visa dan Mastercard Maybank. Namun begitu, kad korporat dikatakan tidak menyokong Apple Pay.
Buat masa ini, fungsi Apple Pay pada iPhone masih lagi belum boleh diaktifkan. Ia mungkin akan boleh diaktifkan apabila rasmi di Malaysia.
Apple Pay merupakan salah satu pembayaran mobil yang popular, boleh dilakukan menggunakan iPhone, iPad, Mac ataupun Apple Watch. Namun memerlukan pengguna menghubungkan kad bank atau kad kredit pada Apple Wallet.

ARTIKEL BERKAITAN