Close

Maybank2u menghadapi masalah untuk diakses

Maybank memaklumkan yang mereka kini berhadapan dengan masalah untuk diakses. Jika sebelum ini, masalah tersebut berlaku kepada aplikasi MAE dan M2U MY. Dan untuk masa sekarang, masalah tersebut kini terjadi kepada web Maybank2U.


Maybank, melalui Twitter rasmi telah melaporkan terdapat masalah untuk mengakses akaun pengguna melalui web Maybank2U. Ketika artikel ini ditulis, masalah untuk diakses masih lagi berlarutan biarpun selepas empat jam ia dimaklumkan.

Namun begitu, Maybank telah memberikan penyelesaian sementara dengan pengguna boleh mengakses akaun mereka melalui aplikasi MAE atau M2U MY. Buat masa ini, Maybank sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN