Close

Mercedes perkenalkan kerusi pejabat AMG Performance dengan harga RM16K


Mercedes-AMG bukanlah nama yang asing dalam arena permotoran. namun tahukah anda Mercedes-AMG kini juga merupakan pengeluar kerusi pejabat.

Mercedes baru-baru ini, melancarkan kerusi pejabat sendiri yang dinamakan sebagai kerusi pejabat AMG. Kerusi pejabat tersebut dibina berpandukan kerusi yang digunakan pada kereta kompak A 45 dan GLA 45.

Kerusi pejabat AMG ini menggunakan bahan binaan dari leather Artico sporting black buatan tangan dan Dinamica microfibre upholstery. Turut dipadankan dengan jahitan kontras berwarna merah dan garisan aksen, tidak ketinggalan terdapatnya logo AMG yang dicat pada logam. Kerusi ini mempunyai berat sekitar 32 kg.

Untuk harga jualan, kerusi pejabat AMG ini dijual pada tanda harga sekitar RM16,00 (€3,500.00) dengan 50 unit pertama dijual secara eksklusif kepada ahli Private Lounge sahaja. Namun begitu, Mercedes dijangka akan menawarkan kerusi tersebut kepada umum pada masa hadapan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN