Close

Motorola Edge diumumkan – Telefon pertama dengan cip Dimensity 1050

Motorola baharus saja memperkenalkan dua peranti andalan mereka iaitu Motorol X30 Pro dan Motorola Razr pada minggu lalu, kini Motorola sedia untuk memperkenalkan satu lagi peranti iaitu Motorola Edge.

Motorola Edge merupakan sebuah peranti kelas pertengahan,  hadir dengan spesifikasi yang terkini dan reka bentuk yang lebih kemas.

Merupakan peranti pertama dengan cip Dimensity 1050 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri sebesari 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 30W dan pengecasan tanpa wayar 15W.

Dilengkapi skrin bersaiz 6.6-inci OLED dengan resolusi 1080 x 2400p bersama paparan 144Hz. Turut menyokong kandungan HDR10+. Untuk fotografi, ia membawakan tetapan tri-kamera dengan sensor 50MP + 13MP ultra lebar + 2MP depth. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti Wi-Fi 6e, Bluetooth 5.2, pembesar suara Dolby Atmos, pengimbas cap jari di bawah skrin, mmWave 5G, penarafan IP52 dan lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN