Close

MYAirline akan menjadi pesaing hebat tambang murah AirAsia – Syarikat penerbangan baharu Malaysia

Perkhidmatan penerbangan Malaysia dijangka akan berkembang dengan lebih pesat berikutan terdapatnya penambahan syarikat penerbangan baharu iaitu MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).

MYAirline merupakan syarikat penerbangan dengan tambang murah yang telah mempunyai kelulusan dari Suruhanjaya Penerbangan Malaysia. Selain itu, syarikat tersebut juga telah menerima kelulusan bersyarat untuk lesen perkhidmatan udara berkuat kuasa 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
Dengan kelulusan tersebut, ia membolehkan syarikat penerbangan itu menjalankan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual, sama seperti syarikat penerbangan lain seperti AirAsia Capital A Bhd, Malaysia Airlines Bhd dan Firefly.

Namun begitu, syarikat tersebut belum lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancarannya serta laluannya. Buat masa ini, MYAirline mempunyai satu pesawat A320, dan telah dikesan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Dengan pengenalan MYAirline, ia bakal memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Selain itu, ia juga bakal menjadi pesaing kepada syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia dan Malaysia Airlines.

ARTIKEL BERKAITAN