Close

Nothing mungkin perkenal Phone (1) Lite tanpa Sistem LED Glyph



Nothing telahpun melancarkan telefon pintar pertama mereka iaitu Phone (1), merupakan peranti kelas pertengahan premium yang tampil dengan reka bentuk yang unik dengan panel belakang lutsinar bersama lampu LED Glyph.

Terkini, berdasarkan dari beberapa laporan industri teknologi, Nothing mungkin akan melancarkan satu lagi peranti dengan reka bentuk dan spesifikasi yang sama yang akan dikenali sebagai Phone (1) Lite.


Walaupun membawakan reka bentuk dan spesifikasi yang sama, terdapat dua perbezaan ketara iaitu Phone (1) versi Lite akan hadir dengan panel belakang biasa tanpa sistem LED Glyph dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.


Namun begitu, apa yang menarik adalah versi ini akan hadir dengan pengecasan pantas 42W di dalam kotak, Walaupun peranti tersebut hanya menyokong pengecasan pantas 33W. Kapasiti bateri lebih besar akan dimuatkan iaitu dengan 5000mAh.

Harga jualan bagi Phone (1) Lite dianggarkan bermula dari RM1,408 (Rs 24,999) untuk spesifikasi 6GB+128GB. Buat masa ini belum ada sebarang pengesahan dari Nothing mengenai Phone (1) Lite. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN