Close

Nothing Phone (1) tidak akan menerima kemaskini Android 13 pada tahun ini

Google telahpun melepaskan kemas kini Android 13 secara rasmi pada minggu lalu. Pengeluar seperti Samsung, Oppo dan OnePlus mungkin antara yang terawal akan menawarkan Android 13 versi mereka sendiri. 

Namun, bagi peranti yang telah mencipta sensasi iaitu Nothing Phone (1) tidak akan menerima kemaskini Android 13 pada tahun ini. 

Menjawab kepada persoalan mengenai Android 13 pada Nothing Phone (1), Carl Pei menyatakan ” Sesuatu produk itu bukan hanya mengenai spesifikasi, fungsi atau versi angka “.  

Dalam pada itu, jawapan lebih mendalam mengenai Android 13 telah dikeluarkan oleh Nothing yang menyatakan kemas kini Android 13 akan tersedia pada pertengahan tahun 2023. Menurut Nothing lagi, mereka perlu memastikan Nothing OS lebih lancar sebelum ia dilancarkan kepada pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN