Close

OctaFX disenarai sebagai syarikat tidak dibenarkan atau diluluskan oleh BNM

OctaFX kini telah disenaraikan dalam amaran pengguna kewangan oleh Bank Negara Malaysia.

Melalui penyenaraian tersebut, OctaFX kini tidak lagi dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.


Buat yang tidak mengetahui, amaran pengguna kewangan adalah senarai yang boleh dirujuk oleh orang ramai untuk mengetahui status sesebuh entiti atau skim telah dibenarkan oleh BNM atau tidak untuk menawarkan perkhidmatan kewangan atau produk yang dikawal selia oleh BNM.

Dengan penyenaraian itu juga, orang ramai dinasihatkan untuk lebih peka dan tidak menyertai sebarang perkara yang melibatkan syarikat yang tidak dibenarkan atau diluluskan oleh BNM.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN