Close

OnePlus 10T akan hadir dengan pengecasan pantas 150W dan bateri yang lebih kecil

Tinggal beberapa hari sahaja lagi acara pelancaran bagi OnePlus 10T akan berlangsung iaitu pada 3 Ogos ini. Sebelum ini, OnePlus telahpun mendedahkan beberapa maklumat seperti cip, RAM, storan dalaman, kamera dan skrin yang akan digunakan

OnePlus hari ini memperincikan lagi beberapa spesifikasi pada OnePlus 10T, sekaligus mengesahkan yang peranti itu akan dimuatkan dengan bateri sebesar 4800mAh iaitu 200mAh lebih kecil berbanding OnePlus 10 Pro dengan 5000mAh.


OnePlus turut mengesahkan yang OnePlus 10T akan hadir dengan pengecasan pantas 150W, menjadikan ia OnePlus terawal yang hadir dengan ciri sebegitu untuk pasaran Global. Melalui penawaran tersebut, OnePlus 10T mampu mengecas dari 1% ke 100% hanya dalam masa 19 minit sahaja.


 Bagi menjamin kesihatan bateri, OnePlus telah mengabungkan dua jenis teknologi iaitu Smart Battery Health Algorithm dan Battery Healing Technology yang dapat mengekalkan kesihatan bateri lebih dari 80% biarpun selepas 1,600 kali pengecasan.

OnePlus 10T dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, paparan 120Hz, dan tiga kamera belakang 50MP utama + 8MP ultrawide + 2MP makro. Menjalankan Oxygen OS 13 dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5 yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN