Close

OnePlus 10T kini rasmi di Malaysia – Snapdragon 8+ Gen 1, 16GB RAM dan pengecasan pantas 150W

OnePlus secara rasminya melancarkan generasi baharu peranti mercu mereka iaitu OnePlus 10T untuk pasaran Malaysia. Membawakan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang sedikit berbeza.

OnePlus 10T dilengkapi skrin bersaiz 6.7-inci Fluid AMOLED, paparan 120Hz, HDR10+ dan menyokong 10 bit color. Dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang di padankan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.                            

Dimuatkan dengan bateri Dual-Cell 7C sebesar 4800mAh yang turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 150W dan mampu mengecas dari 1% ke 100% hanya dalam 19 minit sahaja. Menariknya, pengecasan pantas SuperVOOC 160W tersedia di dalam kotak.

Untuk fotografi, OnePlus 10T dilengkapi dengan tetapan tiga kamera belakang dengan sensor utama sebesar 50MP (Sony IMX766) + 8MP ultra lebar + 2MP macro. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Ciri fotografi seperti Ultra HDR, Nightscape 2.0, Super Stable dan Image Clarity Engine 2.0 turut hadir pada peranti ini.

Spesifikasi lain yang dibawakan oleh OnePlus pada OnePlus 10T adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara stereo Dolby, Bluetooh 5.3, pelindung Corning Gorilla Glass 5, 3D Cooling System 2.0 dan sebagainya.

Untuk pasaran Malaysia, OnePlus 10T ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Moonstone Black dan Jade Green. Manakala untuk harga jualan ia akan diumumkan pada 18 Ogos dan akan mula tersedia pada 1 September.

ARTIKEL BERKAITAN