Close

OnePlus Fold mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi

Pada ketika ini, Samsung dilihat mendominasi pasaran telefon boleh-lipat. Namun, pengeluar lain seperti Xiaomi dan Motorola dilihat semakin berdaya saing dalam menghasilkan telefon boleh-lipat dan telahpun melancarkan pesaing masing-masing.

Terkini, OnePlus dilaporkan bakal memasuki segmen telefon boleh-lipat berdasarkan Tweet yang dibuat oleh CEO OnePlus iaitu Pete Lau, yang memperlihatkan engsel untuk telefon boleh-lipat pertama mereka.

Melalui imej yang dikongsi, rekaan telefon boleh-lipat OnePlus dilihat akan membawakan rekaan yang sama seperti Galaxy Z Fold dan Oppo Find N. Walaubagaimanapun, buat masa ini tidak dapat disahkan mengenai maklumat lain berkenaan peranti tersebut.

Ini bukanlah pertama kali laporan mengenai OnePlus Fold tersebar di arena web. Sebelum ini, telah ada laporan yang mendakwa OnePlus Fold akan dibina berasaskan Oppo Find N. Perkara tersebut tidaklah mengejutkan, memandangkan OnePlus dan Oppo kini berada di bawah satu bumbung yang sama. Sebagai tambahan, terdapat laporan mengatakan ia mungkin akan dilancarkan pada 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN