Close

Oppo menjadualkan acara pelancaran Reno 8 Z dan Enco Buds2 pada 25 Ogos ini

Oppo melalui Facebook rasmi mereka telah menjadualkan acara pelancaran produk pada 25 Ogos ini. Melalui acara tersebut Oppo bakal mengumumkan dua peranti baharu mereka iaitu Oppo Reno 8 Z dan Enco Buds2. 

Walaubagaimanapun, ketika ini tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan dibawa oleh Oppo Reno 8 Z. Namun, kami menjangkakan ia akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 695, sistem pengecasan 33W, bateri 4500mAh dan kamera utama 64MP.

Manakala, pada Oppo Enco Buds2 pula ia dijangka hadir dengan ketahanan bateri sehingga 28 jam, penarafan IPX4. AI Active Noise Cancellation, dan Audio driver sebesar 10mm.

Kami menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai spesifikasi akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN