Close

Oppo Reno8 Z 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1,799

Oppo secara rasminya menawarkan Oppo Reno8 Z 5G untuk pasaran tempatan sekaligus menggantikan model semasa. Membawakan spesifikasi yang sama namun tampil dengan reka bentuk yang lebih kemas dan elegan.

Oppo Reno8 Z 5G dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Di jana cip Snapdragon 695 yang di padankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.
Bateri sebesar 4,500mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 33W. Untuk fotografi, ia tampil dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 64MP + 2MP mono + 2MP makro. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.

Di Malaysia, Oppo Reno8 Z 5G ditawarkan dengan harga RM1,799 untuk 8GB+256GB. Tampil dalam dua pilihan warna iaitu Dawnlight Gold dan Starlight Black. 
Bagi yang berminat, Oppo Reno8 Z 5G akan mula di tawarkan pada 26 Ogos 2022 dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM997. Peranti ini boleh di beli melalui My Oppo Space, kedai dalam talian atau di semua pengedar rasmi Oppo.

ARTIKEL BERKAITAN