Close

Pakar Lamborghini sertai Apple sebagai ketua reka bentuk Apple Car

Apple ketika ini sedang dalam usaha untuk menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya (Apple Car) pertama mereka. Berikutan dari itu, Apple dikatakan telah merekrut bekas pekerja Lamborghini bagi membantu usaha mereka.

Individu yang dimaksudkan adalah Luigi Taraborrelli, merupakan bekas eksekutif Lamborghini yang juga watak utama dalam pembuatan kereta Lamborghini. Telah berkhidmat selama 20 tahun dan terlibat dalam penghasilan kereta seperti Urus, Huracan,  Aventador, Huracan Sterrato dan kereta konsep Asterion.


 Perlantikan itu menyaksikan Taraborelli akan memegang jawatan sebagai ketua reka bentuk Apple Car, sekaligus menandakan yang Apple masih lagi komited untuk meneruskan projek tersebut.

Apple Car atau dikenali sebagai Project Titan telahpun dimulakan beberapa tahun yang lalu, namun Apple dikatakan menghadapi pelbagai masalah yang menyebabkan projek tersebut dilihat seperti terhenti.

Berdasarkan dari Maklumat terbaru, Apple Car dijangka hadir sebagai kenderaan elektrik sepenuhnya tanpa pemandu. Membawakan konsep tanpa stereng dan mempunyai empat tempat duduk yang menghadap kedalam.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN