Close

Pra-tempahan OnePlus 10T dibuka hari ini – Harga bermula dari RM3,199


OnePlus 10T telahpun dilancarkan secara global pada 3 Ogos yang lalu. Namun, pada acara tersebut OnePlus tidak mendedahkan harga rasmi untuk pasaran tempatan. Hari ini, OnePlus telah berkongsi harga rasmi bagi OnePlus 10T untuk pasaran tempatan.


Dari segi spesifikasi, OnePlus 10T dilengkapi skrin bersaiz 6.7-inci Fluid AMOLED, paparan 120Hz, HDR10+ dan menyokong 10 bit color. Dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang di padankan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri 4800mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 150W.



Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 50MP (Sony IMX766) + 8MP ultra lebar + 2MP macro. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Ciri fotografi seperti Ultra HDR, Nightscape 2.0, Super Stable dan Image Clarity Engine 2.0 turut hadir pada peranti ini.



Ciri lain yang turut hadir pada OnePlus 10T adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara stereo Dolby, Bluetooh 5.3, pelindung Corning Gorilla Glass 5, 3D Cooling System 2.0 dan sebagainya.

Di Malaysia, OnePlus 10T buat masa ini hanya tampil dalam satu pilhan varian sahaja iaitu 16GB+256GB dengan warna Jade Varian. Untuk harga jualan pula, ia bermula pada RM3,199 dan kini sudah boleh dipra-tempah dari 18 Ogos sehingga 31 Ogos melalui platform Shopee dan Lazada.

Setiap pra-tempah akan menerima satu tahun Screen Protection Plan, jaminan tambahan dan juga Accidental Damage Protection. Manakala Hadiah misteri menanti buat 25 pengguna terawal yang bernilai RM1,299.

ARTIKEL BERKAITAN