Close

Proton akan menjual kereta elektrik bermula tahun 2023

PROTON dilaporkan telah memuktamadkan perjanjian untuk menjual dan servis kenderaan elektrik (EV) premium daripada smart Automobile Company (smart) di Malaysia dan Thailand.

Melalui perjanjian itu, kita bakal melihat model pertama dari smart yang akan dijual oleh PROTON yang dijangka akan dilancarkan pada suku akhir tahun 2023.



Syarikat itu juga dikatakan berminat untuk melabur dalam rangkaian pengecasan dengan kerjasama dari pembekal pengecasan tempatan. Melibatkan penyediaan dan pemasangan unit domestik untuk pengguna yang ingin mengecas kenderaan di rumah.

Menurut PROTON, untuk fasa pertama ia bukan sahaja memfokuskan kepada penjualan semata-mata, tetapi turut mengkaji tentang pengendalian servis dan juga pengecasan EV.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN