Close

Qualcomm kini penaja Manchester United


Qualcomm hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan pasukan yang pernah digelar sebagai pasukan bola sepak paling berjaya di Eropah iaitu Manchester United. 

Kerjasama ini dilihat sebagai salah satu cara untuk Qualcomm mengembangkan jenama mereka untuk lebih dikenali. Penajaan ini dilihat sedikit unik, namun ia mungkin salah satu strategi Qualcomm untuk mendekati pengguna yang mungkin tidak tahu cip tersebut digunakan pada peranti kegemaran mereka.

Buat masa ini, misi pertama Qualcomm di Old Trafford bukanlah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris. Sebaliknya untuk menambahbaikan sambungan mudah alih di Old Trafford sekaligus dapat meningkatkan pengalaman peminat ketika berada di stadium.

Kerjasama jangka panjang ini, membolehkan Qualcomm terlibat secara langsung dalam mempromosikan teknologi mereka melalui acara bersama peminat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN