Close

Rangkaian 5G akan tiba di Melaka sekitar September ini

Melaka bakal menjadi negeri yang terawal akan mendapat liputan rangkaian 5G. Menyasarkan beberapa lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, perindustrian dan tumpuan pelancongan selain institusi pengajian tinggi.

Rancangan ini melibatkan lebih dari 40 lokasi sekitar Ayer Keroh dan Bandar Melaka yang dijangka akan siap pada penghujung September ini. Namun, secara keseluruhannya, Melaka menyasarkan lebih dari 133 lokasi untuk fasa pertama.


Perlaksanaan liputan rangkaian 5G dMelaka akan diperluaskan melalui penggunaan infrastruktur seperti tiang lampu jalan dan sebagainya.


Buat masa ini, rangkaian 5G hanya tersedia di beberapa kawasan sahaja seperti Lembah Klang, Cyberjaya, Putrajaya,  Johor Bahru, Pulau Pinang dan juga Ipoh.

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN