Close

realme GT Neo 3T dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1799


realme secara rasminya menawarkan realme GT Neo 3T untuk pasaran tempatan sekaligus menggantikan model sedia ada. Membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih kemas.

Dari segi spesifikasi, realme GT NEO 3T tampil dengan skrin bersaiz 6.62-inci AMOLED FHD+ bersama paparan 120Hz yang turut menyokong kandungan HDR10+. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 870 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB.

Bateri sebesar 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas SupertDart 80W. Melengkapkannya, tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP + 2MP. Manakala kamera swafoto pula hadir dengan sensor sebesar 16MP.

Di Malaysia, realme GT NEO 3T ditawarkan dalam satu pilihan sahaja dengan harga RM1799 untuk 8GB+128GB. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan dengan harga promosi iaitu RM1599 yang datang bersama hadiah percuma realme watch 3. Namun begitu, promosi tersebut ditawarkan dalam masa yang terhad.

ARTIKEL BERKAITAN