Close

realme menjadualkan acara pelancaran realme Pad X pada 23 Ogos ini


realme nampaknya bakal menawarkan beberapa peranti baharu mereka untuk pasaran tempatan. Berikutan dari itu, satu acara pelancaran telahpun dijadualkan iaitu pada 23 Ogos ini.

Melalui acara pelancaran itu, realme dijangka akan melancarkan sekurang-kurang tiga peranti baharu termasuklah realme Pad X, realme GT Neo 3T dan realme Watch 3. Menariknya, realme Pad X dikatakan sebuah tablet kelas andalan yang dijangka hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Manakala untuk realme GT Neo 3T dan realme Watch 3 yang sebelum ini telahpun dilancarkan secara global pada bulan Jun dan Julai yang lalu akhirnya bakal memasuki pasaran tempatan.

Buat masa ini tidak banyak yang dikongsi oleh realme mengenai peranti yang akan dilancarkan pada 23 Ogos ini. Akan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan oleh mereka menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN