Close

Redmi Note 11SE akan dijual tanpa pengecasan dalam kotak

Xiaomi baharu sahaja melancarkan siri Redmi Note 11SE untuk pasaran India. Merupakan peranti kelas pertengahan namun membawakan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan rekaan.

Namun, pada pelancaran tersebut terdapat berita kurang gembira, di mana Redmi Note 11SE tidak lagi dijual bersama pengecasan di dalam kotak. Menjadikan ia peranti pertama dari Redmi yang dijual tanpa pengecasan dalam kotak.
Perkara ini disahkan melalui halaman rasmi Xiaomi India, melalui penyenaraiaan aksesori di dalam kotak yang hanya terdapat USB Type-C Cable, SIM Eject Tool, Protective Case, Quick Start Guide, Warranty Card dan peranti itu sendiri.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah Redmi Note 11SE tanpa pengecasan dalam kotak hanya tersedia untuk pasaran India atau bakal merangkumi pasaran global. 
Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Xiaomi mengenai perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN