Close

Samsung Galaxy Buds2 Pro turut diumumkan dengan harga RM899


Samsung turut memperkenalkan generasi baharu Galaxy Buds2 iaitu Galaxy Buds2 Pro. Menawarkan beberapa peningkatan dari segi audio dan juga reka bentuk.

Secara keseluruhan Galaxy Buds2 Pro adalah lebih kecil dengan 15% daripada model sebelumnya untuk memberikan pengalaman yang lebih selesa ketika digunakan secara berpanjangan. Reka bentuk Aerodinamik dan terdapatnya lubang khas untuk pengaliran udara.

Peranti ini turut hadir dengan sistem tiga mikrofon dan didatangkan dengan Active Noise Cancellation (ANC) yang terbaharu, dapat mengurangkan hingar sehingga 3 dB. Turut mempunyai pengesan suara yang akan bertindak secara automatik untuk menukar mod ANC kepada mod Ambient sebaik pengguna mula bercakap.

Selain itu, ia juga menyokong audio 24-bit Hi-Fi, fungsi Audio 360 dan Bluetooth Audio LE. Teknologi Enhanced Dolby Head Tracking turut ditawarkan untuk memberikan pengalaman bunyi sinematik. Dari segi ketahanan bateri, Galaxy Buds2 Pro mampu bertahan sehingga 8 Jam dengan mod ANC dimatikan dan 5 jam dengan mod ANC diaktifkan. Untuk pelindungan ia mempunyai penarafan IPX7.

Di Malaysia, Galaxy Buds2 Pro ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Graphite, White dan Bora Purple. Dijual pada tanda harga RM899. Pra-tempahan bagi Galaxy Buds2 Pro bermula hari ini melalui laman web rasmi Samsung.

ARTIKEL BERKAITAN