Close

Samsung Galaxy S23 Ultra akan dilengkapi kamera 200MP dengan sensor baharu

Dalam masa hanya 10 bulan, Samsung telahpun memperkenalkan kamera 200MP dengan tiga sensor yang berbeza.

Menurut Ice Universe, Samsung dijangka akan mula menggunakan kamera 200MP pada peranti mercu mereka iaitu Galaxy S23 Ultra pada tahun depan.

Samsung mempunyai beberapa pilihan sensor untuk di padan dengan kamera 200MP. Antaranya adalah ISOCELL HP2 atau ISOCELL HP3.

Ini bukanlah pertama kali laporan mengenai Samsung Galaxy S23 Ultra akan dilengkapi kamera 200MP dengan sensor baharu muncul di arena web. Terdapat juga laporan lain menyatakan perkara yang sama mengenai Galaxy S23 Ultra.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN