Close

Samsung Galaxy S23 Ultra disahkan akan hadir dengan kamera 200MP

Sumber : Technizo Concept

Samsung Galaxy S23 Ultra disahkan akan hadir dengan kamera 200MP selepas terdapat laporan yang dipercayai mengesahkan perkara tersebut.

Menurut sumber yang juga rakan kongsi kepada Samsung Electronics mendedahkan yang Galaxy S23 Ultra akan menjadi peranti pertama dari Samsung menggunakan kamera 200MP. Syarikat itu, turut berkongsi beberapa maklumat lain seperti butiran pembangunan dan juga pengeluarannya.

Dengan pengesahan ini, ia menjadikan Galaxy S23 Ultra akan menjadi peranti ketiga hadir dengan kamera 200MP selepas Motorola X30 Pro dan Xiaomi 12T Pro. Namun begitu, Galaxy S23 Ultra dijangka hadir dengan sensor yang lebih baharu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN