Close

Samsung Galaxy Watch5 akan menyokong pengecasan yang lebih pantas

Samsung akhirnya membawakan pengecasan yang lebih pantas pada Galaxy Watch5. Iaitu dua kali ganda lebih pantas daripada Galaxy Watch4.

Menurut SnoppyTech, Samsung akan membawakan teknologi pengecas magnet 10W pada Galaxy Watch5 iaitu dua kali ganda lebih pantas bebanding Galaxy Watch4 dengan pengecas magnet 5W. Melaluinya, ia mampu mengecas Galaxy Watch5 dari 1% hingga 45% hanya dalam 30 minit.

Selain itu, Galaxy Watch5 berkemungkinan akan hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Melalui imej yang didedahkan, kabel pengecas Galaxy Watch5 menggunakan teknologi USB-C yang turut menyokong teknologi pengecasan Power Delivery.


Samsung telahpun menjadualkan acara pelancaran Samsung Unpacked yang akan berlangsung pada 10 Ogos ini. Akan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN