Close

Samsung Galaxy Z Flip4 turut diumumkan dengan harga mencecah RM4,899

Melalui acara yang sama, Samsung turut mengumumkan generasi baharu Galaxy Z Flip iaitu Galaxy Z Flip4. Melaluinya, beberapa penambaikkan telah dibuat seperti rekaan yang lebih kompak dan kapasiti bateri yang dipertingkatkan.

Galaxy Z Flip4 dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan RAM sehingga 8GB dan turut menyokong virtual sehingga 8GB RAM. Untuk storan dalaman ia hadir dengan tiga pilihan iaitu 128GB, 256GB dan 512GB. Dimuatkan dengan kapasiti bateri sebesar 3700mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 25W.


Pada bahagian skrin ia tampil dengan skrin utama bersaiz 6.7-inci Infinity Flex Dynamic AMOLED 2X, paparan adaptif 1Hz-12Hz dan bezel yang lebih nipis. Manakala untuk skrin luaran ia hadir dengan saiz 1.9-inci Super AMOLED. Secara keseluruhan rekaan Galaxy Z Flip4 adalah lebih kompak berbanding model sebelumnya.

Dari segi fotografi, ia masih mengekalkan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 12 MP + 12 MP ultra lebar. Walaupun hadir dengan tetapan kamera yang sama, Samsung menjanjikan kualiti yang lebih baik dari model sebelumnya. Untuk kamera swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 10 MP.

Ciri lain yang turut hadir pada Galaxy Z Flip4 adalah seperti penarafan IPX8, pelindung Corning Gorilla glass Victus, Armor Aluminium Frame, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan sebagainya.

Di Malaysia, Galaxy Z Flip4 dijual pada harga bermula RM4,099 untuk 8GB/128GB. RM4,399 8GB/256 dan 12GB/512GB RM4,899. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Graphite, Bora Purple, Pink Gold dan Biru. Pra-tempahan bagi Galaxy Z Flip4 akan bermula pada 10 Ogos sehingga 1 September.

Setiap pra-tempahan akan menerima baucar bernilai RM650, kerangka pelindung Standing Cover dengan S-Pen, perlindungan Samsung Care+ untuk 1 tahun jaminan tambahan dan perlindungan skrin.

ARTIKEL BERKAITAN