Close

Samsung Galaxy Z Fold4 dijangka menggunakan Gorilla Glass Victus+ dan menyokong pengecasan yang lebih pantas

Samsung dijangka akan menggunakan pelindung skrin yang lebih lasak iaitu Gorilla Glass Victus+ pada Galayx Z Fold4, berbanding hanya menggunakan Gorilla Glass Victus pada model sebelumnya iaitu Galaxy Z Fold3.

Menurut Qwaider, Gorilla Glass Victus+ akan digunakan pada skrin luar dan panel belakang. Manakala untuk paparan dalaman, Samsung mungkin akan menggunakan Super Ultra Thin Glass dengan reka bentuk engsel baharu yang dapat menggurangkan lipatan.

Galaxy Z Fold4 akan mengekalkan pengecasan 25W dan kapasiti bateri 4270mAh yang sama seperti pada Galaxy Fold3. Namun, Samsung dikatakan akan mengubah suai sistem pengecasan yang mampu mengecas 50% hanya dalam 30 minit.

Peningkatan paling ketara pada Galaxy Z Fold4 adalah pada bahagian kameranya, menurut beberapa laporan, sensor 50MP dan kamera telefoto baharu akan dimuatkan sementara kamera lain tidak akan dinaik taraf.

Samsung telahpun mengumumkan acara Galaxy Unpacked pada 10 Ogos ini, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN