Close

Samsung Galaxy Z Fold4 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM6,799


Samsung hari ini mengumumkan peranti boleh-lipat baharu mereka iaitu Galaxy Z Fold4. Membawakan beberapa peningkatan dari segi spesfikasi dan juga kemampuan kamera yang lebih baik dari Galaxy Z Fold3.

Untuk spesifikasi dalaman, Galaxy Z Fold4 dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM 12GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Menggunakan kapasiti bateri yang sama seperti Galaxy Z Fold3 iaitu 4400mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 25W.

Galaxy Z Fold4, tampil dengan skrin utama 7.6-inci Infinity Flex Dynamic OLED 2X dengan paparan adaptif 1Hz – 120Hz. Manakala untuk skrin kedua ia tampil dengan saiz 6.2-inci Dynamic OLED 2X yang turut menyokong paparan adaptif 48Hz-120Hz.

Dari segi kemampuan kamera, Galaxy Z Fold4 hadir dengan tetapan tri-kamera iaitu 50 MP + 12 MP + 10 MP. Manakala untuk kamera swafoto ia tampil dengan 4 MP untuk skrin utama dan 10 MP untuk skrin kedua. Samsung menyatakan yang kamera Galaxy Z Fold4 secara keseluruhannya adalah lebih baik dari Galaxy Z Fold3.

Selain itu, Galaxy Z Fold4 turut menyokong stylus S-Pen Fold Edition yang sama seperti sebelum dan masih perlu disimpan didalam kerangka khas yang dijual secara berasingan. Menariknya, Galaxy Z Fold4 adalah lebih ringan iaitu dengan 263g berbanding 271g pada Galaxy Z Fold3.

Ciri lain yang turut dibawakan oleh Samsung pada Galaxy Z Fold4 adalah seperti penarafan IPX8, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.2, NFC dan sebagainya. Samsung Galaxy Z Fold4 menjalankan sistem operasi One UI 4.1.1 yang berasaskan  Android 12L.

Di Malaysia, harga jualan bagi Galaxy Z Fold4 adalah bermula pada RM6,799 untuk 12GB/256GB, RM7,299 untuk 12GB/512GB dan RM8,999 untuk 12GB/1TB. Ditawarkan`dalam empat pilihan warna iaitu Graygreen, Phantom Black, Burgundy dan Beige. Pra-tempahan bagi Galaxy Z Fold4 akan bermula pada 10 Ogos sehingga 1 September.

Setiap pra-tempahan akan menerima baucar bernilai RM650, kerangka pelindung Standing Cover dengan S-Pen, perlindungan Samsung Care+ untuk 1 tahun jaminan tambahan dan perlindungan skrin.

ARTIKEL BERKAITAN