Close

Samsung mungkin mengurangkan pengeluaran telefon untuk tahun 2022


Samsung sebelum ini meletakkan sasaran 300 juta unit pengeluaran telefon pada tahun 2022. Namun, selepas mengambil kira beberapa faktor, Samsung dikatakan akan mengurangkan pengeluaran telefon untuk tahun 2022. 

Menurut TheElec, Samsung mungkin akan menggurangkan pengeluaran telefon dari 300 juta unit kepada 260 juta unit untuk tahun 2022. Iaitu lebih rendah berbanding pada tahun 2021 dengan 270 juta unit.

Samsung mula mengalami penurunan pengeluaran bermula pada tahun 2020 dengan hanya mengeluarkan 250 juta unit berbanding tahun sebelumnya iaitu dengan 300 juta unit.

Antara sebab utama Samsung merancang untuk mengurangkan pengeluaran pada tahun 2022 adalah disebabkan inflasi global, permintaan yang semakin berkurang dan juga masalah bekalan.

Namun begitu, Apple merupakan satu-satunya pengeluaran yang dilihat tidak terkesan dengan masalah yang sedang berlaku ketika ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN