Close

Siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 dilancarkan – Mula ditawarkan pada 27 September ini

AMD akhirnya mengumumkan siri baharu cip pemprosesan mereka iaitu siri Ryzen 7000. Melaluinya, AMD menjanjikan peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding siri model sebelumnya.

Melaluinya, AMD telah memperkenalkan empat model Ryzen 7000 iaitu AMD Ryzen 9 7950X, AMD Ryzen 9 7900X, AMD Ryzen 7 7700X dan AMD Ryzen 5 7600X. 

Cip ini dikuasakan dengan seni bina Zen 4 yang berasaskan teknologi 5nm TMSC. Menggunakan soket platform baharu iaitu AM5 yang menyokong memori RAM DDR5, PCIe Gen 5, dan juga menyokong sehingga 230W.

Selain itu, AMD turut mendakwa yang siri Ryzen 7000 adalah lebih jimat kuasa namun menawarkan peningkatan prestasi sehingga 49% berbanding dari model sebelumnya.

AMD turut berkongsi harga jualan bagi siri Ryzen 7000 iaitu AMD Ryzen 9 7950X – RM3,132 ($699), AMD Ryzen 9 7900X – RM2,460 ($549), AMD Ryzen 7 7700X – RM1,788 ($399) dan AMD Ryzen 5 7600X – RM1,339 $299. Cip pemprosesan baharu AMD ini akan mula ditawarkan pada 27 September ini. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN