Close

Siri Google Pixel 7 dan Pixel Fold akan dihasilkan oleh Foxconn


Google telahpun mengesahkan beberapa maklumat berkenaan siri Google Pixel 7. Namun, Google  belum lagi mengesahkan sebarang maklumat berkenaan peranti boleh lipat pertama mereka iaitu Pixel Fold.

Walaupun Google belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai Pixel Fold, telah ada laporan mendedahkan yang syarikat tersebut merancang untuk melancarkan Pixel Fold pada suku keempat tahun ini.


Foxconn antara yang disebut sebagai pengendali bagi pengeluaran Pixel Fold yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini. Selain itu, Foxconn juga dikatakan akan menjadi pengeluar bagi siri Google Pixel 7.

Pixel Fold dijangka hadir dengan cip Google Tensor 2,  paparan 2K, kamera swafoto jenis punch hole dan kamera periskop 50MP. Dari segi binaan, terdapat laporan mengatakan ia mungkin hadir dengan binaan seramik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN