Close

Siri Google Pixel 7 dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini

Google telah pun memperlihatkan reka bentuk bagi Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro pada bulan Mei yang lalu menerusi acara Google I/O. Walaupun begitu, Google tidak mendedahkan sebarang tarikh mengenai hari pelancarannya.

Terkini, menerusi laporan Jon Prosser, Google dijangka akan melancarkan Pixel 7 dan Pixel 7 Pro pada sekitar bulan Oktober. Bulan yang sama ketika Google mengumumkan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro pada tahun lalu.

Pra-tempah Pixel 7 dan Pixel 7 Pro dijangka akan bermula pada 6 Oktober dan akan tersedia pada 13 Oktober. Manakala untuk hari pelancaran ia mungkin berlangsung pada hari yang sama atau pra-tempahan akan bermula selepas satu atau dua hari ia dilancarkan.

Sebelum ini, Jon Prosser telah meneka dengan tepat untuk tiga pelancaran yang dibuat oleh Google iaitu Siri Google Pixel 6, Pixel 5a dan juga Pixel 5.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN