Close

Siri iPhone 14 mungkin akan dihasilkan di India bukan lagi di China


Apple dilaporkan bakal memindahkan kilang pembuatan siri iPhone 14 ke India tidak lama lagi. Ia merupakan salah satu usaha Apple untuk mempelbagaikan pengeluaran.

Menurut Bloomberg, Apple dikatakan telah merancang untuk mula menghasilkan siri iPhone 14 di India melalui pengeluar utama mereka iaitu Foxconn.

Namun begitu, proses pemindahan kilang pembuatan ini hanya akan dibuat selepas pengeluaran pertama siri iPhone 14 di China. Apple dikatakan perlu menunggu sekurang-kurangnya dua bulan sebelum siri iPhone 14 boleh dihasilka di India.

Selain dari faktor mempelbagaikan pengeluaran, faktor lain yang menyebabkan Apple merancang untuk memindahkan kilang pembuatan mereka adalah disebabkan masalah politik yang telah merencatkan perkembangan ekonomi Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN