Close

Siri Oppo Watch 3 dijangka tiba pada 10 Ogos ini

Sumber : Digital Chat Station

Oppo hari ini menjadualkan acara pelancaran bagi Oppo Watch baharu mereka iaitu Oppo Watch 3 pada 10 Ogos ini. Pada acara yang sama, Oppo dijangka akan turut mengumumkan produk pintar baharu iaitu Zhimei Life.

Oppo Watch 3 dilaporkan akan ditawarkan dalam tiga varian, dengan model utama akan tampil dengan cip baharu Qualcomm iaitu Snapdragon W5 Gen 1. Manakala, untuk dua model lain masih lagi tidak didedahkan spesifikasinya.

Selain menjadi jam tangan pintar pertama dengan Snapdragon W5 Gen 1, siri Oppo Watch 3 dijangka hadir dengan pelbagai naik taraf seperti skrin yang lebih besar, paparan LTPO, dwi cip Apollo 4 Plus, NFC, e-SIM dan juga ECG.

Sumber : Digital Chat Station

Reka bentuk pada siri Oppo Watch 3 juga dilaporkan menerima penaiktarafan, seperti menggunakan binaan yang lebih premium, bingkai jenis logam, skrin jenis melengkung dan juga tampil dengan tali beasaskan kulit.

 

Dengan acara pelancaran yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat mengenai siri Oppo Watch 3 akan didedahkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN