Close

Siri Xiaomi 12S rasmi tidak akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia

Siri Xiaomi 12S telahpun dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai yang lalu, merupakan peranti Xiaomi pertama hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan sistem kamera dari Leica.

Namun terdapat berita kurang baik mengenai siri Xiaomi 12S, selepas Asus tidak menawarkan Asus Zenfone 9 untuk pasaran Malaysia, kini giliran Xiaomi pula tidak akan menawarkan siri Xiaomi 12S untuk pasaran Malaysia.

Tidak dapat dipastikan mengapa Xiaomi Malaysia tidak merancang untuk membawakan siri Xiaomi 12S untuk pasaran tempatan. Namun begitu, Xiaomi Malaysia mengesahkan peranti lain dengan sistem kamera Leica akan tiba di pasaran Malaysia pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN