Close

Steam Deck akan mula ditawarkan di Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan


Steam Deck adalah konsol mudah alih yang dibangunkan oleh Valve. Dilancarkan pada 25 Febuari 2022 dan membawakan ciri seumpama pada Nintendo Switch.

Baru-baru ini, Valve mengumumkan yang mereka sudahpun berjaya menyelesaikan masalah utama  dalam pengeluaran Steam Deck. Sekaligus akan dapat memenuhi permintaan dengan lebih cepat.

Terkini, Valve turut mengumumkan yang mereka akan mula menawarkan konsol mudah alih mereka pada beberapa buah negara yang lain. Antaranya adalah Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan. Penawaran tersebut adalah melalui kerjasama Komodo yang akan menjadi pengedar sah Valve untuk negara terpilih.

Untuk pasaran Jepun, harga jualan bagi Steam Deck bermula pada RM2,001 (JPY 59,800) untuk 64GB eMMC, RM2,669 (JPY 79,800) untuk NVMe SSD 256GB dan RM3,338 (JPY 99,800) untuk model 512GB. Manakala untuk harga jualan di negara lain pula adalah RM2,020 (KRW 589,000) untuk Korea Selatan, RM1,990 (NT$ 13,380) untuk Taiwan dan RM1,716 (HK$ 3,288) untuk Hong Kong.

Selain itu, Valve turut menjanjikan tidak akan berlaku masalah kelewatan dalam pra-tempahan Steam Deck pada negara baharu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN