Close

Tablet dan MagicBook baharu dari Honor dijangka akan diumumkan pada 18 0gos ini


Honor Malaysi
a sebelum ini telahpun menjadualkan acara pelancaran bagi Honor 70 iaitu pada 18 Ogos ini. Namun, berdasarkan perkongsian terbaharu dari Honor, acara tersebut akan dimeriahkan oleh dua lagi peranti baharu Honor.



Berdasarkan dari perkongsian tersebut, memperlihatkan dua lagi peranti yang akan diumumkan bersama Honor 70 iaitu sebuah tablet dan juga sebuah komputer riba. Tablet baharu yang akan diperkenalkan adalah tablet Pad 8 yang akan menggantikan model semasa. Turut akan diumumkan adalah sebuah komputer riba yang mungkin adalah Honor MagicBook 14.



Buat masa ini, Honor tidak memberikan sebarang maklumat mengenai tablet Pad 8 dan juga komputer riba MagicBook 14. Kami menjangkakan yang tablet Pad 8 mungkin akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 680 manakala MagicBook 14 mungkin akan dikuasakan oleh cip AMD Ryzen.

Maklumat lebih lanjut akan dikongsi oleh Honor menjelang hari pelancarannya kelak, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN